PERBINCANGAN BERSAMA PELAJAR INBOUND PUSAT BAHAN DARI VIENNA UNIVERSITY, AUSTRIA

23 OKTOBER 2024 : Pihak Pusat Bahan telah mengaturkan Perbincangan Penyelidikan pelajar inbound  (Terezia) bersama pensyarah daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP)  bagi menerokai potensi kerjasama serta melawat alat penyelidikan di Pusat Bahan.

Pada 23 Oktober 2024 (Rabu), pihak Pusat Bahan telah menjalankan Perbincangan Penyelidikan daripada Pelajar Inbound dari Vienna University, Austria bersama pensyarah-pensyarah daripada FTKKP yang diketuai oleh Dr Nurul Akmarina berkenaan bidang biopharmacuetical yang telah disampaikan oleh Cik Terezia ketika pihak Pusat Bahan mengadakan Research Talk pada 15 Oktober 2024 yang lalu. Selain itu, pensyarah-pensyarah juga melawat ke dalam makmal Pusat Bahan bagi melihat alat-alat penyelidikan yang pihak kami tawarkan bagi servis analisa penyelidikan.


Print   Email