KOMODO AUDIT DARIPADA OSHMO UMPSA
22 OKTOBER 2024 :Terima kasih kepada pihak OSHMO UMPSA atas Audit KOMODO yang telah dijalankan. Pusat Bahan akan berusaha memastikan aspek keselamatan makmal sentiasa diutamakan.
Pada 22 Oktober 2024 (Selasa), pihak Unit Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO) telah menjalakan KOMODO Audit di Makmal Pusat Bahan. Audit tersebut telah diwakili oleh Ts. Khairil Anuar dan Encik Khairul Adlan dari pihak OSMO dan diketuai oleh Dr. Izan Izwan dari Pusat Bahan. Audit tersebut bertujuan untuk memantau keselamatan makmal agar pengurusan risiko bagi penggunaan makmal dapat dikurangkan. Selain itu, pihak OSMO juga mengaudit dari sudut keselamatan bahan kimia, pengurusan bahan buangan, dan fungsi penggera alat kebakaran di dalam makmal. Pihak Pusat Bahan akan memastikan semua aspek keselamatan makmal akan diperkukuhkan dan sentiasa diutamakan bagi memastikan keselamatan pengguna makmal terjamin.