Latihan pengurusan kecemasan dan risiko Pusat Bahan

Latihan pengurusan kecemasan dan risiko Pusat Bahan

27 Oktober- Pusat Bahan telah mengadakan latihan dalaman bagi pengurusan kecemasan dan risiko kepada para pelajar pascasiswazah, pembantu penyelidik dan pegawai penyelidik yang menjalankan penyelidikan di Pusat Bahan.

Latihan ini bertujuan memberikan pendedahan akan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku sebarang kecemasan di makmal. Pengurusan risiko juga diberikan taklimat berkaitan penyelidikan yang dijalankan oleh setiap para penyelidik di Pusat Bahan supaya dapat menilai sebarang risiko yang mungkin terjadi. Semoga latihan ini dapat memberikan kesedaran kepada semua penyelidik di Pusat Bahan supaya sentiasa berjaga-jaga dalam menjalankan aktiviti penyelidikan.


Print   Email