Latihan pengungsian bangunan Blok TTI

Latihan pengungsian bangunan Blok TTI

11 Oktober- Pusat Bahan telah mengikuti latihan pengungsian bangunan yang diketuai oleh Fakulti Sains dan Teknologi Industri bersama pihak OSHMO dan UMPH. Seramai 14 orang pelajar dan staf Pusat Bahan telah berkumpul di tempat berkumpul no 15 berhadapan Bangunan UMP Advanced.

Berdasarkan kiraan masa yang dibuat untuk pelajar dan staf Pusat Bahan tiba di tempat berkumpul adalah selama empat (4) minit. Kiraan masa tersebut mencapai tahap yang memuaskan bagi mengosongkan bangunan Pusat Bahan. Semoga aktiviti ini dapat menyiapkan mental dan fizikal bagi staf dan pelajar Pusat Bahan sekiranya situasi sebenar terjadi di masa hadapan.


Print   Email