Gambang 27 Julai- Profesor Chun-Chen Yang merupakan Pengarah Battery Research Center of Green Energy, Ming Chi University of Technology telah melawat ke Pusat Bahan. Ini merupakan kunjungan ketiga beliau ke UMPSA.
Julai 27- Pusat Bahan berbesar hati menerima kunjungan daripada Profesor Chun-Chen Yang selaku Pengarah di Battery Research Center of Green Technology, Taiwan.
Julai 13- Pusat Bahan telah mengadakan aktiviti "Lab Cleaning Day" bagi membersihkan makmal supaya kelihatan teratur dan bersih. Semua pelajar dan staf terlibat dalam aktiviti ini.
Mei 25- Staf Pusat Bahan, En Mohd Halimi telah menghadiri kursus berkaitan Effective on Safety Committee di NIOSH Bangi selama tiga hari bermula pada 23-25 Mei 2023.