Program Kembara Prihatin @ Pos Telanok, Cameron Highland
Hits: 109
Program Kembara Prihatin @ Pos Telanok, Cameron Highlands
27 Julai 2024 | Pos Telanok, Cameron Highlands
Telah berlangsung program Pameran Teknologi yang berasaskan Baja Kompos Sisa Organik (Bakoso) yang disampaikan oleh Dr. Izan Izwan bin Misnon dan Dr. Rasidi bin Roslan, penyelidik dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) sempena Program Kembara Prihatin @ Pos Telanok, Cameron Highlands.
Baja Bakoso adalah baja organik yang dihasilkan melalui proses penguraian bahan-bahan organik seperti sisa tumbuhan (daun, rumput, ranting), sisa makanan (kulit buah, sayur), dan sisa haiwan (kotoran ternakan). Proses penghasilan Baja Bakoso ini melibatkan kehadiran mikroorganisma seperti bakteria dan kulat yang berperanan dalam menguraikan bahan-bahan organik tersebut. Baja Bakoso ini terbukti berkesan dalam meningkatkan kesihatan tanah dan tanaman secara semulajadi.
Perasmian Program Kembara Prihatin @ Pos Telanok, Cameron Highlands telah disempurnakan oleh Yang DiPertua, Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur (TERATAI), Datin Sri Dato’ Hajah Burhah binti Mohammed dengan dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar dan Naib Canselor UMPSA, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin.
Turut hadir, Datin Dr. Rozana Binti Kamal,
Isteri Ahli Parlimen Cameron Highlands dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMPSA, Dato’ Ir. Ts. Izwan Hasli bin Mohd Ibrahim, Datin Nur Sharmila binti Shaheen dan Bendahari , Dato’ Zainudin Othman.
Latest News
22 October 2024
18 October 2024