CAIM UMPSA    

News

Program CSR di Pantai Pelindung bersama Trash Hero Kuantan

Program CSR di Pantai Pelindung bersama Trash Hero Kuantan

25 November- Pusat Bahan telah mengadakan program CSR bagi pembersihan pantai bersama Trash Hero Kuantan. Program berlangsung di Pantai Pelindung, Beserah dan dibantu oleh para pelajar prasiswazah dan pascasiswazah dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri. 

Program ini merupakan julung kali dilaksanakan setelah penubuhan Pusat Bahan pada tahun 2022 dan hasil kutipan sisa bahan terbuang adalah sebanyak 67.4kg. Terima kasih diucapkan kepada pihak Trash Hero Kuantan dan juga wakil dari Alam Flora Berhad yang turut sama menjayakan program pada kali ini. 

Image
— Contact
Centre for Advanced Intelligent Materials
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Lebuhraya Tun Khalil Yaakob
26300 Gambang Pahang