PELAJAR LATIHAN INDUSTRI CIK NURWIRDA HUSNA BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN DI PUSAT BAHAN

PELAJAR LATIHAN INDUSTRI CIK NURWIRDA HUSNA BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN DI PUSAT BAHAN

Gambang 8 September- Pihak Pusat Bahan mengucapkan tahniah kepada Cik Nurwirda Husna Abdul Rani kerana telah berjaya menamatkan latihan industri di sini. Beliau merupakan pelajar pertama yang membuat latihan industri di Pusat Bahan pada tahun ini.

Pusat Bahan sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukan semasa beliau menjalani latihan industri di sini. Pengarah Pusat Bahan memberikan nasihat untuk Cik Nurwirda meneruskan sikap yang ditunjukan semasa beliau menjalankan penyelidikan di sini dan mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi untuk kejayaan di masa akan datang. Tahniah Cik Nurwirda dan selamat maju jaya dalam segala bidang yang diceburi kelak.

 


Print   Email