CAIM UMPSA    

News

Pn Sharifah Nurafiqah menjalani Basic Occupational First Aid & AED Certification Training

Pn Sharifah Nurafiqah menjalani Basic Occupational First Aid & AED Certification Training

Gambang 12-13 September- Staf Pusat Bahan, Pn Sharifah Nurafiqah telah berjaya menjalani Basic Occupational First Aid & AED Certification Training bertempat di UMPSA Pekan besama dengan Pusat Kesihatan Universiti.

Bengkel Halatuju Penyelidikan Pusat Bahan Siri 2

Bengkel Halatuju Penyelidikan Pusat Bahan Siri 2

Gambang 13 September- Pusat Bahan telah menganjurkan Bengkel Halatuju Penyelidikan Siri 2 yang dihadiri oleh Felo Penyelidik Utama dan Felo Penyelidik bagi membincangkan halatuju penyelidikan yang bersesuaian dengan polisi kebangsaan yang terkini. Terima kasih kepada semua yang hadir pada bengkel pada kali ini.

 

Sesi Perkongsian bersama Dr Francesco Rispoli dari University of Parma, Itali

Sesi Perkongsian bersama Dr Francesco Rispoli dari University of Parma, Itali

Pihak Pusat Bahan menjemput semua untuk hadir ke program sesi perkongsian oleh Dr Francesco Rispoli dari University of Parma, Itali.

PELAJAR LATIHAN INDUSTRI CIK NURWIRDA HUSNA BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN DI PUSAT BAHAN

PELAJAR LATIHAN INDUSTRI CIK NURWIRDA HUSNA BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN DI PUSAT BAHAN

Gambang 8 September- Pihak Pusat Bahan mengucapkan tahniah kepada Cik Nurwirda Husna Abdul Rani kerana telah berjaya menamatkan latihan industri di sini. Beliau merupakan pelajar pertama yang membuat latihan industri di Pusat Bahan pada tahun ini.

Latihan pemadam api bersama Jabatan Bomba

Latihan pemadam api bersama Jabatan Bomba

September 7- Pihak OSHMO telah bekerjasama dengan Jabatan Bomba bagi memberikan taklimat dan latihan berkaitan alat pemadam api kepada semua wakil Pusat Tanggungjawab. 

TAHNIAH DR. ZULHELMI MENDAPAT SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) 2023

TAHNIAH DR. ZULHELMI MENDAPAT SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) 2023

Pihak Pusat Bahan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Zulhelmi bin Ismail di atas kejayaan memperolehi Skim Geran Penyelidikan Fundamental 2023 dari Kementerian Pendidikan Tinggi. Tahniah!!!

Lawatan ke Battery Research Center of Green Energy, Ming Chi University of Technology, Taiwan

Lawatan ke Battery Research Center of Green Energy, Ming Chi University of Technology, Taiwan

Gambang, 28 Ogos- Pengarah Pusat Bahan, ChM. Dr. Izan Izwan dan Felo Utama Prof Jose Rajan telah melakukan lawatan ke Battery Research Center of Green Energy, Ming Chi University of Technology, Taiwan. Mereka telah disambut oleh Profesor Chun-Chen Yang, selaku Pengarah Battery Research Center of Green Energy. Pertemuan ini adalah siri lawatan balas Prof Yang ke Malaysia melawat Pusat Bahan pada bulan Julai 2023 yang lalu. Semoga pertemuan ini akan mengukuhkan kerjasama penyelidikan pada masa hadapan.

Pembentangan OPS COMODO OSHMO

Pembentangan OPS COMODO OSHMO

Gambang, 24 Ogos – Pihak OSHMO telah hadir membentangkan dapatan hasil audit bagi Pusat Bahan bagi penambahbaikan untuk aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Pusat Bahan.

Pusat Bahan komited memastikan aspek keselamatan dititik beratkan oleh semua staf dan pelajar yang berada di Pusat Bahan. Pusat Bahan juga sentiasa mendapatkan nasihat dan pandangan pihak OSHMO bagi memastikan kelancaran aktiviti penyelidikan yang selamat di makmal Pusat Bahan.

 

 

Audit dalaman KKP Pusat Bahan

Audit dalaman KKP Pusat Bahan

Ogos 8- Pusat Bahan telah mengadakan audit dalaman berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal.

Lawatan Prof Chun-Chen Yang ke Pusat Bahan

Lawatan Prof Chun-Chen Yang ke Pusat Bahan

Gambang 27 Julai- Profesor Chun-Chen Yang merupakan Pengarah Battery Research Center of Green Energy, Ming Chi University of Technology telah melawat ke Pusat Bahan. Ini merupakan kunjungan ketiga beliau ke UMPSA.

Image
— Contact
Centre for Advanced Intelligent Materials
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Lebuhraya Tun Khalil Yaakob
26300 Gambang Pahang